Harini saya bawakan perkongsian tentang pentingnya
komunikasi didalam medan dakwah. Merujuk buku Seni Bercakap-cakap hasil
penulisan Ainon Muhd dan Abdullah Hassan,”Percakapan dan perbualan yang
berkesan mempunyai lima ciri iaitu (1)kefahaman, (2) keseronokan, (3) pengaruh
keatas sikap ,(4) perhubungan yang bertambah baik dan, (5) adanya tindakan
susulan”. Disini ingin saya kaitkan kelima-lima aspek ini kedalam kehidupan seseorang
yang bergelar daie(pendakwah).
(1)Kefahaman.
Kefahaman adalah perkara yang amat penting didalam
komunikasi apabila seseorang daie(pendakwah)
itu berkomunikasi haruslah memastikan mad’u(sasaran dakwah) faham terhadap apa
yang mahu disampaikan supaya tidak berlakunya salah faham seperti mad’u(sasaran
dakwah) merasakan diri dileteri, dikritik , direndah-rendahkan dan
disebaliknya. Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang maduu(sasaran
dakwah) betul-betul faham dengan apa yang mahu disampaikan, sebagai contoh
disini apabila sorang daie(pendakwah) mahu berjumpa dengan mad’u(sasaran
dakwah)” Saya harap kamu semua dapat menghadiri kuliah saya selepas insyak
nanti”. Penyataan tersebut dianggap penyataan yang kurang jelas atau kabur,
mungkin sesetengah orang akan berfikir selepas insyak itu pukul 9malam dan ada
juga yang berfikir bahawa selepas insyak itu pada pukul 8:50malam, barangkali
ada juga yang berfikir bahawa kedua-dua waktu itu adalah terlalu lambat bagi
seseorang. Hal demikian akan memburukkan lagi keadaan apabila melibatkan emosi
misalnya sahabat A yang sampai pada pukul 8:50malam bertanya
sahabat B yang sampai pada pukul 9malam“ kenapa kamu datang lewat ke
kuliah lepas insyak ”, kemungkinan sahabat B akan merasakan yang dirinya
dituduh padahal baginya waktu itu adalah waktu yang tepat baginya maka timbulah
salah faham di dalam situasi sedemikian.
(2) Ciri Keseronokan.
Keseronokan yang dikatakan disini bukanlah suatu keseronokan
yang sia-sia, barangkali apa yang mahu saya tekankan disini adalah komunikasi
yang dapat melahirkan sifat keterbukaan orang yang berbual bersama kita.
Sebagai seorang daie(pendakwah) setiap apa yang mahu disampaikan haruslah
diselitkan unsur-unsur seronok didalamnya supaya memudahkan lagi proses
penyampaian, teguran, kritikan dorongan dan motivasi kepada maduu(sasaran
dakwah). Oleh itu, sebelum memberi kritikan atau teguran, para daie(pendakwah)
haruslah disuntik penghargaan dan puji-pujian terlebih dahulu supaya lahirnya
keseronokan dan minat dalam fikiran mereka untuk teruskan aktiviti
berkomunikasi. Tetapi seronok itu bukanlah
daripada jenis yang melekakan bahkan lebih baik meletakkan keseronokan
yang mempunyai unsur-unsur yang membuatkan mereka rasa lebih dihargai.
(3) Pengaruh Ke Atas Sikap.
Mempengaruhi sikap adalah fungsi terbesar di dalam
komunikasi. Secara tidak langsung, komunikasi adalah pengaruh terbesar didalam
pembentukan sikap. Sebagai daie(pendakwah) hujah-hujah yang digunakan haruslah
menarik dan bersesuaian dengan perwatakan maduu(sasaran dakwah). hal demikian
amatlah penting kerana komunikasi yang berkesan dapat mempengaruhi pemikiran,ia
terkesan bukan hanya pada ideology seseorang tetapi merangkumi seluruh aspek
kehidupan. Ingin saya tekankan disini juga dalam mempengaruhi sikap seseorang
seorang daie(pendakwah) haruslah mempelbetulkan sikapnya terlebih dahulu, jika
tidak seseorang daie(pendakwah) akan mudah dan terdedah dengan sikap orang lain
yang mungkin lebih baik sikapnya ataupun sikap yang mengundang kepada perlakuan
negetif yang mungkin membawa fitnah di dalam pembawakan islam itu sendiri.
(4) Memperbaiki perhubungan.
Hal ini ditekankan pada hubungan yang sedia ada. Perhubungan
haruslah diperbaiki sepanjang masa bukan hanya berhubung dua atau tiga tahun
apabila berjauhan terus terdiam seribu bahasa, ia haruslah menghadapi proses
kelangsungan, yang membezakan proses kelangsungan tersebut adalah masa pendek
dan masa panjang sebagai contoh jika kita terpisah dengan maduu(sasaran dakwah)
tidak semestinya terputus komunikasi dan tidak semestinya kita menghubunginya
setiap hari tetapi cukuplah sekadar bertanyakan khabar diwaktu-waktu tertentu.
Selain daripada itu, kita sebagai manusia biasa tidak terlepas daripada
melakukan kesilapan terutama di dalam komunikasi alam maya dan elektronik. Oleh
hal demikian, perkara tersebut haruslah diatasi dengan komunikasi juga agar
tidak timbul salah faham dan memudahkan lagi seseorang itu faham mesej yang
ingin disampaikan.
(5) Mewujudkan tindakan susulan.
Komunikasi seorang daie(pendakwah) akan bukti terkesan
apabila maduu(sasaran dakwah) itu sendiri melakukan tindakan susulan. Apakah
yang dikatakan tindakan susulan itu?, mengikut kamus dewan ia adalah satu
tindakan atau gerakan yang dilakukan setelah menerima arahan atau maklumat.
Kewujudan tindakan susulan di dalam para maduu amatlah memberi impak positif
kepada kepada daie itu, bilamana ia memudahkan lagi para daie dalam aktiviti
berdakwah. Dalam hal ini serba sedikit membuktikan bahawa maduu betul-betul
faham dengan apa yang ingin kita bawakan. Tetapi jika tiada tindakan susulan
daripada maduu bermakna percakapan dan perbualan daie(pendakwah) belum boleh
dikira berkesan.
Demikianlah sedikit perkongsian daripada saya yang lemah dan
serba kekurangan ini, semoga mendapat manfaat disamping memperbaiki cara
komunikasi dengan lebih berkesan dan sebagai lonjakan perubahan bagi diri kita.
~Wallahua’lam~