Tuesday 12 February 2013

MEMBUDAYAKAN SIFAT MENGALAH...




Membudayakan sifat mengalah..

Apabila kita bicarakan tentang sifat mengalah , ramai dalam kalangan kita akan persoalkan “ kenapa mesti mengalah? Bukan saya yang salah ? kenapa nak bela sangat si B tu?”,persoalan demi persoalan dilontarkan dalam tidak sedar persoalan tersebut mengaburi hikmah disebalik sifat mengalah itu sendiri. Sebelum melihat hikmah disebalik mengalah itu sendiri. Mari kita amati terlebih dahulu apa definisi umum bagi sifat mengalah. Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, mengalah membawa erti tidak mahu melawan atau menetang, tidak mahu walau apa pun terjadi, tidak suka perkara berpanjangan. 

Ramai dalam kalangan kita berpandangan(mindset) bahawa sifat mengalah itu ertinya kalah, selepas merasakan sedemikian rupa mulalah timbulnya perasaan tercabar lalu tercetusnya pertelingkahan,benci membenci-membenci, perdebatan bermasam muka dan banyak lagi tindakan negatif. Fenomena ini bukan hanya mengeruhkan lagi keadaan malah masalah juga turut tidak dapat diselesaikan. 

Apakah hikmah sifat mengalah ??. Ok! mari kita amati kata-kata nasihat daripada penulis terkenal yakni Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni “ jauhilah perdebatan kerana terdapat banyak penyakit didalamnya”. Melalui nasihat tersebut dapat kita kaitkan bahawa apabila kita mengalah maka terhindarlah daripada perdebatan,kerana perdebatan adalah permulaan kepada kejahatan misalnya boleh membawa kepada kebencian,perpecahan, ketidaksefahaman, bersangka buruk dan sebagainya. Hal ini juga mendatangkan kebencian yang amat besar di sisi Allah. 

Hadis Anas bin Malik r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya.

‘Macam mana ye dengan romate aku sorang ni susah sangat nak kemas kasut, barang bersepah, suka marah-marah,payah laa dia sorang nie” kata Hawa saya kepada saya.

“macam nie pertama sekali kamu kena sabar yang kedua kena fikir balik kenapa dia boleh jadi macam itu, yang ketiga apa salah kamu, nak tahu knapa saya tanya sebegitu? kerana persekitaran sekeling kita akan mempengaruhi kita jika kita gagal mengawal persekitaran itu sendiri maka kegagalan itu berpunca dari kita. Betul tak?jadi klu dia susah nak susun kasut, sepahkan barang, kamu tolong la dia, mungkin dia sudah terbiasa dengan persekitaran yang sebegitu sebelum ini jadi apa salahnya jika kamu beralah untuk ajari serta bawakan persekitaran baru untuk diri dia ”kata saya.

“macam mana pulak kalau dia mcam itu jugak lepas nie,tak ubah-ubah? “balas sahabat sya.

“ok. Kalau dia tak ubah juga, kamu sedikit pun tidak rugi malah mendapat pahala disetiap nilai murni kamu itu, selain itu kamu berjaya melakarkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan dia secara tidak langsung,. Kamu kena ingat hati manusia Allah yang pegang kita hanya berusaha, Allah jua yang tetapkan, jadi janganlah berputus asa cuba lagi semampunya, mungkin hati roommate kamu lambat laun akan terbuka” jawab saya

Nah ! jelaslah melalui dialog diatas sifat mengalah itu sendiri menggambarkan sifat peribadi mulia seseorang itu. Jika dapat lihat dengan teliti orang yang suka mengalah ini mudah didekati orang, bawa berbincang, berbudi pekerti dan banyak lagi. Dengan mengalah seseorang itu bukan hanya dapat menghindarkan diri daripada sifat tercela malah dapat meningkatkan lagi keyakinan orang ramai dan reputasi diri.


Konklusinya , saya ingin petik dari satu pepatah umum “mengalah tidak berarti kalah ,mengalah itu adalah beralah”. Persepsi atau tanggapan positif terhadap sifat mengalah ini haruslah kita hadamkan dalam diri kita dan masyarakat diluar sana agar tidak disalah ertikan. Dari aspek masyarakat sendiri sifat ini amatlah penting dalam menjamin kelangsungan talian silaturrahim dan persekitaran islam yang harmoni.

No comments:

Post a Comment