Berlaku
adil dangan akal fikiran.
Definisi
umum bagi adil
adalah meletakkan sesuatu pada tempatya. Maksud umum bagi
tajuk saya kali ini adalah menggunakan akal bertepatan dengan fungi yakni
berfikir kena pada tempatnya.
Menceritakan
tentang tajuk ini saya teringatkan satu kisah sewaktu saya berada didalam
kelas,pensyarah memberi quiz statistik yang kedua untuk semester itu, setelah
mendapat kertas soalan semua rakan kelas mengira bahawa soalan yang bakal
dijawab selaras dengan soalan2 didalam tutorial, past year paper dan buku teks
tetapi ternyata terpesong sekali kerana soalan yang bakal dijawab tidak ada
dimana-mana soalan yang pernah saya dan rakan-rakan jangkakan sebelum ini.
Setelah selesai menjawab saya dan
rakan-rakan berdiskusi berkenaan soalan, ramai dalam kalangan rakan-rakan saya
merasakan tidak puas hati lalu mengadu kepada pensyarah “ soalan susah, macam mana nak’ score’ untuk peperiksaan akhir,
takutlah puan, tolonglah kami “,persoalan demi persoalan dilontarkan,
dengan tenang pensyarah menjawab:
“saya sengaja berikan kamu semua
soalan yang susah, supaya kamu sedar bahawa kamu perlu keluar daripada tampuk
kebiasaan yang selalu kamu lalui seharian dimana segala yang kamu lakukan seharian adalah perkara
yang sama dengan orang lain,saya nak otak kamu berkembang sedar bahawa ilmu
Allah itu luas kamu perlu sentiasa mengkaji, mencari dan bukan hanya tunggu
untuk diberi. Selain itu sempena Maulidurrasul yang bakal disambut saya nak
tekankan bahawa kita perlu melahirkan umat yang sentiasa berfikir, keluar dari
kotak fikiran , mendidik diri agar belajar dari kesilapan, kapada sesiapa yang
takut gagal untuk quiz kali ini jangan
cepat berputus asa usaha lagi, gagal didalam quiz itu mungkin akan memberi
kesan 1% hingga 2% didalam peperiksaan akhir tetapi belajar daripada kesilapan
itu terkesan sehingga hujung hayat kita.”
Setelah mendengar kata-kata pensyarah saya lantas
terfikir subhanallah indahnya hidup
jika dapat merasai kemanisan disetiap ujian yang diberikan kepada kita. Yang
dapat saya kaitkan dengan tajuk saya bahawa fungsi akal kita adalah berfikir,
jika kita kurang berfikir maka tidak adil bagi fungsi akal kita seperti mana
yang saya ceritakan diatas rata-rata
remaja kini mudah rasa cepat berpuas hati dengan usaha yang telah mereka
lakukan, setelah gagal, ada dalam
kalangan kita yang terus menerus menyalahkan silibus , buku, pensyarah
dan sebagainya. Al-quran ada menyebut bahawa :
“Allah tidak akan mengubah keadaan
sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya yang ada pada diri mereka sendiri.”
Kesimpulannya, manusia disuruh mengembara di muka bumi
supaya tidak seperti katak dibawah tempurng . jangan membeku saja tidak
berfikir, tidak menyelidiki. (Prof.Dr Hamka,Tafsir Al-Azhar,ms165)
“katakanlah :berjalanlah di (muka
bumi ,maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia )dari permulaannya,kemudaian Allah menjadikan
sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”
(surah Al-Ankabut : 20).
“Allah mengazab siapa yang
dikehendakin-Nya dan memberi rahmat kepada siapa yang dikehendakin-Nya, dan
hanya kepada-Nya lah kamu dikembalikan” (surah Al-Ankabut : 21).
Pangkal ayat 21 surah Al-Ankabut. Mengazah atau memberi
rahmat , semata-mata bergantung kepada kehendak Allah . Dia terletak antara dua
jalan, yaitu jalan yang diberi petunjuk dan jalan yang tersesat. Manusia diberi
alat buat menempuh jalan itu yaitu akal dan fikirannya. (Prof.Dr Hamka,Tafsir
Al-Azhar,ms 165). Jelaslah bahawa pengembangan akal fikiran amatlah penting
terutama buat remaja, ia bukan sahaja dapat mengubah gred di atas kertas
peperiksaan akhir malah bakal membuka gerbang minda dan jiwa kearah mencorakkan
kejayaan yang lebih besar.
Sumber rujukan:
Tafsir Al-Azhar, Prof.
Dr Hamka, juzu’ 20, ms 165
No comments:
Post a Comment