Tuesday, 12 February 2013

Antara Kekasih dan musuh ....



Kekasih dan musuh iblis 

Dari Ibnu Abbas r.a,bahawa dia telah berkata: Yang Bermaksud: "Telah bertanya Rasulullah s.a.w pada suatu hari kepada Iblis laknatullah alaih: "Berapa orang dari ummatku sebagai kekasih engkau?" Berkata Iblis: "Sepuluh orang"

1. Pemimpin yang zalim.

2. Orang yang sombong.

3. Orang kaya yang tidak memperdulikan dari  mana dia memperolehi hartanya dan kemana ia belanjakan. 

4. Orang alim yang membenarkan pemimpin yang zalim.

5. Peniaga yang menipu.

6. Muhtakir ( iaitu orang yang menahan barang² yang diperlukan manusia, kemudian menjualnya dengan      harga yang tinggi, ketika manusia sangat memerlukannya ).

7. Orang yang berzina.


8. Orang yang memakan riba.

9. Orang bakhil yang tidak peduli dari mana ia kumpulkan hartanya.

10. Orang yang terus menerus meminum arak.

 " Kemudian Nabi s.a.w bertanya lagi: " Berapa orang dari ummatku sebagai musuh engkau?" Berkata Iblis: "Sebanyak 20 orang"

1. Engkau Muhammad, maka sesungguhnya aku benci kepadamu.

2. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.

3. Orang yang hafal Al-Quran, apabila dia mengamalkan isinya.

4. Orang yang azan kerana Allah dalam solat lima waktu.

5. Orang yang cinta kepada orang² fakir dan miskin serta anak² yatim.

6. Orang yang merendahkan diri kepada kebenaran.

7. Pemuda yang taat kepada Allah s.w.t.

8. Orang yang memiliki hati yang pengasih.

9. Orang yang memakan barang yg halal.

10. Dua pemuda yg saling mengasihi kerana Allah s.w.t.

11. Orang yang memelihara solat berjemaah.

12. Orang yang solat di waktu malam, pada saat manusia sedang tidur.

13. Orang yang menahan diri dari mengerjakan yang haram.

14.Orang yang menasihati (saudara2nya) sedang dihatinya tidak ada tersimpan sesuatu maksud yg lain.

15. Orang yang sentiasa dalam keadaan berwuduk.

16. Orang yg dermawan.

17. Orang yg bagus akhlaknya.

18. Orang yang membenarkan (dan mempercayai) Tuhannya, bahawa Allah telah menjamin rezekinya.

19. Orang yang berbuat baik kepada para janda yg fakir.

20. Orang yang telah bersiap² untuk mati.

No comments:

Post a Comment