Wah ! romantiknya Rasulullah S.A.W.
Kisah-kisah rumah tangga, sebut-sebut pasal poligami, bincang-bincang suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita berkenaan rumah tangga ini dapat diambil tauladan dari kisah ROMANTIK RASULULLAH S.A.W bersama isterinya.
Rasulullah S.A.W adalah contoh terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul di hadapan baginda lalu bertanya “ siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi”.Rasulullah S.A.W hanya tersenyum lalu berkata,”saya akan beritahu kamu kemudian”. Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah S.A.W. memberikan setiap seorang kepada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari,mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah .S.A.W lalu menjawab “ orang yang paling aku sayangi adalah yang ku berikan cincin kepadanya”. Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.
Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah S.A.W ada bersabda yang bermaksud “ Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka”. Rasulullah S.A.W selalu berpegangan tangan dengan Aishah ketika di dalam rumah.
Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang antara mereka. Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah S.A.W agar kita dapat tauladani dan praktikkan dalam kehidupan rumah tangga.
Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapus segala dosa-dosa.
Pada yang belim berumah tangga itu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan saja. Anda mendapat kelebihan di atas.“ Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah S.A.W , tenangkanlah hatiku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman…”Amiiiin Ya Rabbal ‘Alamin….
No comments:
Post a Comment