Sekadar perkongsian bersama. Semoga memberi manfaat kepada kita...
1.Berdo’a sewaktu
hujan turun.
“Berdo’alah pada waktu
mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat
dan ketika hujan turun” (Hadis Riwayat Abu Daud).
2.Ketika hendak
bersolat berdasarkan hadis diatas.
3.Selesai
membaca al-Fatihah dalam solat.
4.Selepas
mengucapkan ‘Amin’ apabila selesai membaca surah al-Fatihah.
“Apabila imam mengatakan
‘Amin’, maka ucapkanlah ‘Amin’. Sesiapa yang mengucapkan ‘Amin’ bersama dengan
para malaikat, diampunkan dosa yang telah lalu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim)
5.Pada
waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.
“Allah s.w.t. turun ke langit
dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : ‘Ada sesiapa
yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku
untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku
ampunkan?” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
6.Waktu
di antara azan dan iqamah.
“Tidaklah ditolak do’a di
antara azan dan iqamah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).
7.Ketika
sujud dalam solat.
“Sehampir-hampir hamba kepada
Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdo’a.”
(Hadis Riwayat Muslim).
(Hadis Riwayat Muslim).
8.Selepas berselawat
ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam tahiyat akhir.
9.Selesai
solat fardu.
“Ditanya kepada Rasulullah
s.a.w., ‘Do’a manakah yang didengar (Allah)’ Sabda baginda, “Do’a itu mustajab
pada waktu malam dan selesai solat fardu.” (Hadis Riwayat Tirmizi).
10.Sepanjang
waktu berpuasa.
Sabda Nabi s.a.w yang
bermaksud, “Tiga bentuk do’a yang dimustajabkan Allah; do’a ibu bapa terhadap
anak, do’a orang yang berpuasa dan do’a orang yang bermusafir.” (Hadis Riwayat
Baihaqi)
11.Malam
al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan.
12.Ketika
khatam 30 juz al-Qur’an.
13.Sepanjang
hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab do’a.
Nabi s.a.w. bersabda yang
bermaksud : “Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba
memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya”. (Hadis Riwayat
Bukhari).
14.Sepanjang
perjalanan semasa bermusafir.
“Tiga bentuk do’a yang pasti
dimakbulkan Allah, iaitu ; do’a orang yang teraniaya, do’a orang yang
bermusafir dan do’a ibu bapa terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud).
15.Pada
hari ‘Arafah iaitu 9 Zulhijjah.
Nabi s.a.w. bersabda yang
bermaksud : “Sebaik-baik do’a adalah pada hari ‘Arafah, dan sebaik-baik do’a
yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah (maksudnya) : ‘Tiada Tuhan yang
sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya
kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu’. (Hadis Riwayat
Tirmizi)
16.Ketika
berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah.
“Orang yang berjihad pada jalan
Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah, Dia
menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka menjawabnya (menunaikannya) mereka
berdo’a kepada Allah lalu Allah terimanya.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)
17.Ketika
iman meningkat kerana berbuat taat.
Sabda Nabi s.a.w. yang
bermaksud, “…dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah
yang sunat hingga Aku mencintainya, jika Aku sudah mencintainya, Aku akan
menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang
dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya
yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan Kuberikan dan jika dia
meminta perlindungan nescaya akan Kulindungi.”
18.Waktu menerima
ujian.
“Atau siapakah yang
memperkenankan do’a orang yang menderita apabila ia berdo’a kepada-Nya, dan
yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang
telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain
bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati nikmat Allah
itu (Surah al-Naml ayat 62)
19.Ketika berperang
kerana Allah.
Sabda Nabi s.a.w yang
bermaksud, “Dua jenis do’a yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t. atau
jarang-jarang sekali ditolak; do’a sewaktu azan dan ketika berlakunya
peperangan.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
(Hadis Riwayat Abu Daud)
20.Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.
Ummu Salamah r.ha.
melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila engkau
menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah, berkatalah hal yang
baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu.” (Hadis
Riwayat Muslim)
21.Selepas saat
kematian seseorang.
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. menziarahi jenazah Abu Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda bersabda maksudnya, “Sesungguhnya roh seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori oleh mata.” lalu baginda bersabda lagi yang bermaksud : “Janganlah kalian berdo’a untuk diri kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat mendo’akan untuk kalian.” Baginda kemudiannya mendo’akan untuk Abu Salamah r.a”.
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. menziarahi jenazah Abu Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda bersabda maksudnya, “Sesungguhnya roh seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori oleh mata.” lalu baginda bersabda lagi yang bermaksud : “Janganlah kalian berdo’a untuk diri kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat mendo’akan untuk kalian.” Baginda kemudiannya mendo’akan untuk Abu Salamah r.a”.
22. Ketika ayam
berkokok.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu mendengar ayam berkokok,
mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat.” (Hadis Riwayat
Bukhari)
(Dipetik
dari buku 101 Do’a daripada Hadis-hadis Sahih oleh Ustaz Zahazan Mohamed.)
Sumber rujukan: http://www.zuhairinopiah.com/22-waktu-mustajab-doa/.
No comments:
Post a Comment