Tuesday 12 February 2013

CINTAKU DI HARI VELENTINE...



       Apabila diceritakan tentang cinta, rata-rata remaja pasti tersenyum kerana cinta melibatkan perasaan bahagia, pengorbanan, tautan kasih sayang yang melibatkan diri dan juga sesuatu yang lain. Walaubagaimanapun bukan hanya cinta ingin saya ulaskan, tetapi apa kaitan cinta dengan hari valentine? ini adalah persoalan yang mana ingin saya rungkai dalam pemahaman jiwa remaja era kini. Sebelum itu mari kita amati salah satu kisah sejarah pendek berkaitan dengan hari valentine.

         Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine (seorang paderi) menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada ‘Valentine’mu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

       Berkaitan dengan remaja kini, ramai yang sedar atau tahu tentang peristiwa hari valentine ini tetapi mereka tetap menyambutnya. mengapa ini terus berlaku? Ini kerana jiwa remaja kini lebih tertumpu kapada keseronokan dalam membuai perasaan cinta kepada kekasih yang melekakan, bagi mereka cinta ini adalah suatu ketenangan jiwa yang dapat menghilangkan segala masalah yang dihadapi seharian, akibat terlalu mengagungkan cinta yang fana ini remaja mudah terikut-ikut dengan budaya-budaya yang mencalar kesucian cinta yang sebenarnya. Fenomena ini bukan hanya mencemarkan bangsa malah membawa imej buruk bagi agama islam itu sendiri. Persoalannya, apakah yang dikatakan mencemarkan agama? ia terjadi bilamana kita sebagai muslim mengikuti upacara atau perayaan bangsa lain tanpa diselidiki asal usulnya, firman Allah S.W.T dalam Al-quran :

“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36) 

Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”. 
     Selain daripada itu sambutan hari valentine ini dapat mendekatkan diri kearah perzinaan kerana Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Maka terjadilah perbuatan-perbuatan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. Hal ini ditegah oleh Allah S.W.T dalam Al-Quran : 

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."


(Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 32).

           Bercinta itu tidak salah selagi tidak bertentangan dengan syara’k, tetapi cinta kepada manusia yang hakiki itu adalah semata-mata kerana yang maha Esa. Oleh hal demikin perlulah kita sedar dan berfikir bahawa pengagungan cinta itu bukan tertumpu kepada kekasih yang bukan halal bagi kita. Cinta itu adalah anugerah dan hadiah daripada Allah s.w.t kepada kita, gamakkah kita mengagungkan hadiah lebih dari pemberinya? persolan ini saya tinggalkan untuk kalian berfikirkan dan amati sebetul-betulnya amanah cinta yang Allah telah hadiahkan kepada kita. Sesungguhnya cinta yang agung itu hanya pada yang halal bagi kita dan cinta yang teragung itu selayaknya kembali hanya kepada yang Esa. Ayuhlah kita semai hari-hari kita dengan hari-hari cintanya kepada yang maha Esa.




sumber rujukan;

http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/valentineday.htm

http://wanwma.com/agama/kenapa-hari-valentine-haram/

http://www.iluvislam.com/karya/komik/2155-berbohong-dan-menghampiri-zina.html

1 comment: