Tuesday 12 February 2013

ADIL ATAU TIDAK?



Berlaku adil dangan akal fikiran.

            Definisi umum bagi adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatya. Maksud umum bagi tajuk saya kali ini adalah menggunakan akal bertepatan dengan fungi yakni berfikir kena pada tempatnya.
            
           Menceritakan tentang tajuk ini saya teringatkan satu kisah sewaktu saya berada didalam kelas,pensyarah memberi quiz statistik yang kedua untuk semester itu, setelah mendapat kertas soalan semua rakan kelas mengira bahawa soalan yang bakal dijawab selaras dengan soalan2 didalam tutorial, past year paper dan buku teks tetapi ternyata terpesong sekali kerana soalan yang bakal dijawab tidak ada dimana-mana soalan yang pernah saya dan rakan-rakan jangkakan sebelum ini. 

          Setelah selesai  menjawab saya dan rakan-rakan berdiskusi berkenaan soalan, ramai dalam kalangan rakan-rakan saya merasakan tidak puas hati lalu mengadu kepada pensyarah “ soalan susah, macam mana nak’ score’ untuk peperiksaan akhir, takutlah puan, tolonglah kami “,persoalan demi persoalan dilontarkan, dengan tenang pensyarah menjawab:

“saya sengaja berikan kamu semua soalan yang susah, supaya kamu sedar bahawa kamu perlu keluar daripada tampuk kebiasaan yang selalu kamu lalui seharian dimana segala  yang kamu lakukan seharian adalah perkara yang sama dengan orang lain,saya nak otak kamu berkembang sedar bahawa ilmu Allah itu luas kamu perlu sentiasa mengkaji, mencari dan bukan hanya tunggu untuk diberi. Selain itu sempena Maulidurrasul yang bakal disambut saya nak tekankan bahawa kita perlu melahirkan umat yang sentiasa berfikir, keluar dari kotak fikiran , mendidik diri agar belajar dari kesilapan, kapada sesiapa yang takut gagal untuk quiz kali ini  jangan cepat berputus asa usaha lagi, gagal didalam quiz itu mungkin akan memberi kesan 1% hingga 2% didalam peperiksaan akhir tetapi belajar daripada kesilapan itu terkesan sehingga hujung hayat kita.”
           
         Setelah mendengar kata-kata pensyarah saya lantas terfikir subhanallah indahnya hidup jika dapat merasai kemanisan disetiap ujian yang diberikan kepada kita. Yang dapat saya kaitkan dengan tajuk saya bahawa fungsi akal kita adalah berfikir, jika kita kurang berfikir maka tidak adil bagi fungsi akal kita seperti mana yang saya ceritakan diatas  rata-rata remaja kini mudah rasa cepat berpuas hati dengan usaha yang telah mereka lakukan, setelah gagal, ada dalam  kalangan kita yang terus menerus menyalahkan silibus , buku, pensyarah dan sebagainya. Al-quran ada menyebut bahawa :
“Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya yang ada pada diri mereka sendiri.”

            Kesimpulannya, manusia disuruh mengembara di muka bumi supaya tidak seperti katak dibawah tempurng . jangan membeku saja tidak berfikir, tidak menyelidiki. (Prof.Dr Hamka,Tafsir Al-Azhar,ms165)
“katakanlah :berjalanlah di (muka bumi ,maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia  )dari permulaannya,kemudaian Allah menjadikan sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (surah Al-Ankabut : 20).
“Allah mengazab siapa yang dikehendakin-Nya dan memberi rahmat kepada siapa yang dikehendakin-Nya, dan hanya kepada-Nya lah kamu dikembalikan” (surah Al-Ankabut : 21).

            Pangkal ayat 21 surah Al-Ankabut. Mengazah atau memberi rahmat , semata-mata bergantung kepada kehendak Allah . Dia terletak antara dua jalan, yaitu jalan yang diberi petunjuk dan jalan yang tersesat. Manusia diberi alat buat menempuh jalan itu yaitu akal dan fikirannya. (Prof.Dr Hamka,Tafsir Al-Azhar,ms 165). Jelaslah bahawa pengembangan akal fikiran amatlah penting terutama buat remaja, ia bukan sahaja dapat mengubah gred di atas kertas peperiksaan akhir malah bakal membuka gerbang minda dan jiwa kearah mencorakkan kejayaan yang lebih besar.

Sumber rujukan:
Tafsir Al-Azhar, Prof. Dr Hamka, juzu’ 20, ms 165

No comments:

Post a Comment