Tuesday 12 February 2013

WASATIYYAH DALAM IKHTILAT...



    Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos daripada pengangan agamanya sebagaimana bolosnya anak panah daripada busarnya. sifat ,sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran islam.tajuk ini saya bawakan bagi merungkai sedikit permasalahan yang berkait rapat tentang pergaulan kebanyakan ramaja era kini.

    Dari sini bertolaknya konsep Al Wasatiyyah. Perkataan Al Wasatiyyah ( الوسطية ) dalam bahasa Arab adalah daripada perkataan Al Wasat ( الوسط ) yang diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna pertengahan. Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan maksud adil, sederhana dan terbaik. Sederhana bukan beramal dengan Islam tanpa kesungguhan atau tidak melampau sehingga menyerah kalah, tanpa perhitungan sempadan nilai yang sebenar daripada hukum Allah dan matlamat kejadian manusia dan fitrahnya mengikut penciptanya sendiri iaitu Allah Taala, sehingga meninggalkan syariat Allah yang asasi, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, meninggalkan kewajipan beramal dengan syariat Allah serta tidak sempurna melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Munkar. Allah memberi amaran kapada kaum Bani Israel yang dimurka sehingga hari Kiamat, supaya menjadi pengajaran kepada umat Islam.Firman Allah :

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui”( Surah Al Baqarah:42, Al Quranul Karim).

   Perkataan ikhtilat ini mungkin biasa kita dengar iaitu maksudnya adalah bercampur. dan biasanya digunakan untuk merujuk kepada suatu pergaulan yang tidak sihat dan bercanggah dengan nilai-nilai murni islam.Namun banyak kitab-kitab apabila membicara tentang perhubungan bebas, para ulama akan menggunakan perkataa ikhtilat.


   Secara umumnya yang saya akan terangkan wasatiyyah dalam berikhtilat menjurus kepada kesederhanaan dalam pergaulan mengikut kesesuaian semasa dan keadaan. Skop saya pada kali ini tertumpu kepada remaja kini. di sini saya gariskan point-point yang perlu diketengahkan berkenaan wasatiyyah dalam berikhtilat:
  1.  Hendaklah menjaga pandangan kedua-duanya.
  2.  Sentiasa berakhlak mulia.
  3. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan kaum Adam tertarik dengannya.
  4. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki & seorang wanita berjumpa tanpa mahram di sisi mereka.
  5.  Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat.
    Remaja kini kurang menyedari bahawa punca segala dosa adalah bermulanya dari mata.  (lelaki dan perempuan dilarang sekali-kali jelling –menjeling dengan tujuan untuk menarik perhatian antara satu sama lain),tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan shahwat serta nafsuh dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat. Hal ini seringkali diabaikan oleh remaja ketika berdiskusi malah hal ini juga seringkali terlepas pandang oleh mahasiswa Islam sendiri. Hal ini haruslah detegah supaya tidak menimbulkan fitnah dan tercalar kesucian yang lebih serius terhadap  pembawakan agama islam itu sendiri.

Allah SWT berfirman:
“katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: hendaklah mereka menahan pandangannya & memelihara kemaluannya :yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman : hendaklah mereka menahan pandangannya & kemaluaannya”. (An-Nuur:30-31).

Sabda Nabi Muhammad SAW :
“Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja, manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram”
(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud & Tirmidzi).

        i.            PERCAKAPAN.
Hal ini seringkali kaum Hawa terlepas pandang terutama di dalam era kini yang amat mudah untuk berkomunikasi terutama di alam maya, sms, telifon bimbit dan banyak lagi. Kaum hawa hendaklah menjauhi dari suara yang boleh meransang & membangkitkan perasaan kaum adam. Jangan sesekali kau pancing nafsuhnya melalui lunaknya suaramu. Mahukah kau kaum Hawa tergolong dikalangan bala tentera Syaitan & Iblis dalam menumpaskan anak cucu Adam A.S?

Allah SWT berfirman:
“wahai isteri-isteri Nabi! Kamu seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakkwa, maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsuh orang yang ada penyakit dalam hatinya & ucapkanlah perkataan yang baik”
(Al-Ahzab:32).

       ii.            BERJALAN.

Allah SWT berfirman :
“ Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan”
(An-Nuur:31) .
Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firman-Nya:
“kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kalangan wanita itu berjalan dengan malu-malu”
(Al-Qashah: 25).
                             
       iii.            PERGERAKAN.
Tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) & tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.

Jauhi warna-warna terang & terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika berjumpa dengan lelaki yang bukan mahram.

“ barangsiapa memakai pakaian yang berlebih lebihan terutama yang menjolok mata maka Allah akan memberikan pakaian kehinaa di akhirat nanti”
(Hadis riwayat Ahmad,Abu Daud,An Nasaii & Ibn Majah)

“ sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”
(Hadis Riwayat Abu Musa Al-Ash’ari)

Fudhail bin Iyadh Rahimahullah,
Seorang yang alim soleh, Ahli ilmu & ibadah, 40 tahun tak pernah lambat untuk mendapat saf yang pertama dalam solat, namun ia menyatakan :
“ Sungguh yang paling aku takutkan adalah fitnah wanita..”


Ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya:
Rasulullah SAW berpesan bahawa:
“ Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (tabrani).

    Syaitan akan menhembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapitipu daya iblis.Yang  patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar & sesiapapun yang bukan mahramnya daripada berdua-duaan.


    Pertemuan itu mestilah berdasarkan keperluan atas urusan kerja tanpa melampaui sehingga menyebabkan wanita itu lalai dalam menguruskan rumah tangga dan mendidik generasi (contoh :mesyuarat) & perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong,bergosip, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci bagi seorang perempuan,iaitu tanggungjawabnya di rumah & pentarbiyahan bangsa (anak-anak, masyarakat, sahabat, dll).

    Konklusi yang dapat dikaitkan disini adalah kesederhanaan dalam pegaulan amatlah dititikberatkan di dalam islam. konsep ini menyeru manusia agar menjaga batas-batas dalam pergaulan dimana tidak mudah tergelincir dari batas syarak.

Sumber:
2.        Allahseeker.blogspot
3.        Wargamarhaen.blogspot.com.
4.        Perjalanan-hatiku.blogspot.
5.        Risalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang | Akademi Tarbiyah DPPM.

No comments:

Post a Comment