Monday 18 February 2013

GOSIP-GOSIP MANJA....


“tahu tak adik teman lelaki aku da ada teman lelaki?” cerita Hawa. 

“orang mana?” Tanya Nur. 

“Budak pulau pinang jugak la, tapi teman lelaki dia lebih tua dari dia lagi, belajar di politeknik, tapi aku tengok macam tak berjenis saja orangnya.” Kata Hawa. 

“kenapa ?” Tanya Nur. 

“Hobi budak tu konvoi kereta, aku tegok hobi pon aku sudah tidak senang hati dah, haritu mereka berdua tangkap gambar dalam kereta bersama dan dipostkan ke dalam facebook, boyfriend aku tgur la adik dia, lalu adiknya merajuk, teman lelaki aku suarakan ketidakpuasan hatinya berkenaan dengan sikap adiknya yang agak merunsingkan itu.” Kata Nur. 

Setelah panjang lebar bercerita, aku terfikir sesuatu, kisah tadi itu hampir sama dengan kisah si hawa sewaktu dia bercinta dahulu, lalu aku bertanya.
“sakit hati kan bila tegok orang yang kita sayang menjalinkan hubungan dengan orang yang bukan halal, mulalah timbul perasaan tidak percaya, marah, takut dicabul kehormatannya,..rasanya awak faham tak kenapa keluarga dan masyarakat menentang kamu waktu kamu bercinta dahulu?” Jawab Nur.

“eh, tetapi kami tak buat apa-apa, kami biasa-biasa sahaja” kata Hawa. 

“awak yang rasa macam tu tetapi kelurga dan masyarakat tetap memandang negetif, perkara tersebut tetap salah,itu baru terjadi pada adik teman lelaki awak, belum lagi kepada anak awak, cuba banyangkan jika adik teman lelaki awak pun susah nak dididik dan difahamkan inikan pula anak kelak yang lahirnya dari darah daging kita sendiri ” Kata Nur 

“hmm itu la, lepas ni aku perlu berubah, kurangkan sms, kurangkan call dan kurangkan keluar bersama.” (terpancar nur keinsafan diwajah Hawa).

Hawa diam seketika lalu akur dengan kekhilafannya. 


Demikianlah kisah seorang hamba Allah yang diberi hidayah dengan cara dipertontonkan kisah silamnya melalui orang yang terdekat yaitu adik teman lelakinya. Setiap manusia diberi taufiq dan hidayah dalam pelbagai bentuk, ada kala dalam mimpi, ada kala sewaktu dikenakan musibah, adakala sewaktu ajal hampir tiba.
Wahai sahabat-sahabat yang dirahmati Allah percayalah, belum terlambat bagi kita untuk mengubah kejahilan yang bersarang didalam jiwa, pandanglah di setiap sudut kehidupan sekeliling kita sebagai pengajaran buat hidup kita. Sesungguhnya manusia tidak pernah lari melakukan kesilapan.

Allah SWT berfirman: 
“Wahai anak Adam, setiap dari kalian itu berdosa kecuali mereka yang Aku ampuni, maka mintalah ampun kepada-Ku pasti akan Aku ampuni” (Hadis Riwayat Muslim) 

Allah SWT berfirman: 
“Wahai bani Adam, selama engkau meminta (berdoa) kepada-Ku, mengharap kapada-Ku, maka Aku akan mengampuni dosa-dosamu dan Aku tak peduli. Duhai bani Adam, jika dosamu telah sampai memenuhi luasnya langit, kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, maka Aku pasti mengampunimu”(Radis Riwayat Tarmidzi) 

Firman Allah S.W.T. 
"Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang," (An'-Nisa', 110) 

Siapa kita? Dari mana asal kita? darjat kita? kaya atau miskin? bahagia atau tidak? kembalilah kepada fitrah beragama kerana Allah tidak memandang sedikitpun darjatmu dan popularitimu di dunia kerana orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling tinggi takwanya. 

"...sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu.. (Al-hujrat:13).

No comments:

Post a Comment