Sunday 10 February 2013

Adab-adab murid kepada guru



Adab-adab murid kepada guru di dalam kelas mengikut IMAN GHAZALI…..

1. Mendahului guru dengan penghormatan dan salam.

2. Mengurangkan percakapan di hadapan guru.

3.tidak berbicara selagi tidak ditanya oleh guru.

4. tidak bertanya sebelum diberi izin terlebih dahulu.

5. tidak menentang guru dengan berkata,”orang itu mengatakan pendapat yang berbeza dengan apa yang tuan katakana”.

6. tidak menunjukkan perbezaan pendapat dengan guru sehingga dia beranggapan dia lebih mengetahui yang benar berbanding gurunya.

7. tidak bertanya kepada rakan-rakan ketika dalam majlis ilmu.

8. tidak memandang orang lain tetapi duduk menundukkan kepala,tenang,dan beradap seolah-olah dalam solat.

9. tidak banyak bertanya kepada guru,hanya kerana sedang bosan.

10. apabila guru berdiri, berdirilah bg menghormatinya.

11. tidak mengajuk-ajuk guru dengan perkataan ataupun pertanyaannya.

12.tidak bersoal jawab dngan guru perihal sebarang perbuatan zahirnya yang pelik,kerana guru lebih tahu sebab di sebalik perbuatannya.

Sumber rujukan: buku ilmu hikmah karya MUHAMMAD HASSAN AL BASRI….

No comments:

Post a Comment