Tuesday 19 February 2013

BERSANGKA BAIK……



Pada hari kiamat , seorang lelaki di masukkan ke dalam syurga dengan pahala yang banyak , dia berasa hairan kerana sepanjang pengetahuaannya amalannya tidak banyak. Lalu di bertanya kepada Allah,

“wahai Allah , dari mana datangnya kebaikan yang melimpah-ruah ini ?“

Allah menjawab,

“Ini semua adalah doa yang kamu minta di dunia, tetapi Aku tangguhkan supaya menjadi kebaikan untukmu di syurga.”

Lalu pemuda itu berkata ,

“ Sekiranya ini hakikatnya , aku lebih rela semua doaku di dunia tidak dimakbulkan”.



“ Tidak ada seorang Muslim pun yang berdoa dengan doa yang tidak mengandungi dosa dan memutus hubungan silaturrahim , kecuali Allah memberikan kepadanya satu daripada tiga hal , iaitu dikabulkan doanya , ditangguhkan sehingga hari kiamat ataupun dijauhkan daripada keburukan mahupun musibah yang serupa. 

(hadis direkod oleh Ahmad, daripada Abi Said al-Khudri) 

Demikianlah sebuah kisah yang saya petik daripada buku ‘Law Of Universal Attraction’ yang dikarang oleh ustaz Amin Idris dan Zuhairi Nopiah. Jelas disini,kisah ini menyeru kita agar sentiasa bersangka baik dengan apa jua ketetapan yang telah Allah aturkan kepada kita. Mengikut kata-kata seorang ustaz “mempertikaikan mengapa kita tidak dapat setelah kita berusaha adalah tindakan melawan takdir Allah atau merasakan yang kita lebih arif menyusun nasib kita”,(ustaz Zahzan Mohamad). Oleh itu itu sifat berlapang dada itu harus kita semai didalam jiwa, yakinlah bahawa janji Allah itu benar,kita hanya merancang dan memohon, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Yakinlah, sesungguhnya sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya, sama ada dibalas didunia ataupun di akhirat kelak. 

Allah berfirman di dalam Al-Quran : 
“Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, sesungguhnya kamu berada di dalam penglihatan Kami” (surah At-Thur : 48)

No comments:

Post a Comment