Tuesday 12 March 2013

KOMUNIKASI




Harini saya bawakan perkongsian tentang pentingnya komunikasi didalam medan dakwah. Merujuk buku Seni Bercakap-cakap hasil penulisan Ainon Muhd dan Abdullah Hassan,”Percakapan dan perbualan yang berkesan mempunyai lima ciri iaitu (1)kefahaman, (2) keseronokan, (3) pengaruh keatas sikap ,(4) perhubungan yang bertambah baik dan, (5) adanya tindakan susulan”. Disini ingin saya kaitkan kelima-lima aspek ini kedalam kehidupan seseorang yang bergelar daie(pendakwah).

(1)Kefahaman.

Kefahaman adalah perkara yang amat penting didalam komunikasi  apabila seseorang daie(pendakwah) itu berkomunikasi haruslah memastikan mad’u(sasaran dakwah) faham terhadap apa yang mahu disampaikan supaya tidak berlakunya salah faham seperti mad’u(sasaran dakwah) merasakan diri dileteri, dikritik , direndah-rendahkan dan disebaliknya. Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang maduu(sasaran dakwah) betul-betul faham dengan apa yang mahu disampaikan, sebagai contoh disini apabila sorang daie(pendakwah) mahu berjumpa dengan mad’u(sasaran dakwah)” Saya harap kamu semua dapat menghadiri kuliah saya selepas insyak nanti”. Penyataan tersebut dianggap penyataan yang kurang jelas atau kabur, mungkin sesetengah orang akan berfikir selepas insyak itu pukul 9malam dan ada juga yang berfikir bahawa selepas insyak itu pada pukul 8:50malam, barangkali ada juga yang berfikir bahawa kedua-dua waktu itu adalah terlalu lambat bagi seseorang. Hal demikian akan memburukkan lagi keadaan apabila melibatkan emosi misalnya sahabat A yang sampai pada pukul 8:50malam  bertanya  sahabat B yang sampai pada pukul 9malam“ kenapa kamu datang lewat ke kuliah lepas insyak ”, kemungkinan sahabat B akan merasakan yang dirinya dituduh padahal baginya waktu itu adalah waktu yang tepat baginya maka timbulah salah faham di dalam situasi sedemikian.

(2) Ciri Keseronokan.

Keseronokan yang dikatakan disini bukanlah suatu keseronokan yang sia-sia, barangkali apa yang mahu saya tekankan disini adalah komunikasi yang dapat melahirkan sifat keterbukaan orang yang berbual bersama kita. Sebagai seorang daie(pendakwah) setiap apa yang mahu disampaikan haruslah diselitkan unsur-unsur seronok didalamnya supaya memudahkan lagi proses penyampaian, teguran, kritikan dorongan dan motivasi kepada maduu(sasaran dakwah). Oleh itu, sebelum memberi kritikan atau teguran, para daie(pendakwah) haruslah disuntik penghargaan dan puji-pujian terlebih dahulu supaya lahirnya keseronokan dan minat dalam fikiran mereka untuk teruskan aktiviti berkomunikasi. Tetapi seronok itu bukanlah  daripada jenis yang melekakan bahkan lebih baik meletakkan keseronokan yang mempunyai unsur-unsur yang membuatkan mereka rasa lebih dihargai.

(3) Pengaruh Ke Atas Sikap.

Mempengaruhi sikap adalah fungsi terbesar di dalam komunikasi. Secara tidak langsung, komunikasi adalah pengaruh terbesar didalam pembentukan sikap. Sebagai daie(pendakwah) hujah-hujah yang digunakan haruslah menarik dan bersesuaian dengan perwatakan maduu(sasaran dakwah). hal demikian amatlah penting kerana komunikasi yang berkesan dapat mempengaruhi pemikiran,ia terkesan bukan hanya pada ideology seseorang tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan. Ingin saya tekankan disini juga dalam mempengaruhi sikap seseorang seorang daie(pendakwah) haruslah mempelbetulkan sikapnya terlebih dahulu, jika tidak seseorang daie(pendakwah) akan mudah dan terdedah dengan sikap orang lain yang mungkin lebih baik sikapnya ataupun sikap yang mengundang kepada perlakuan negetif yang mungkin membawa fitnah di dalam pembawakan islam itu sendiri.

(4) Memperbaiki perhubungan.

Hal ini ditekankan pada hubungan yang sedia ada. Perhubungan haruslah diperbaiki sepanjang masa bukan hanya berhubung dua atau tiga tahun apabila berjauhan terus terdiam seribu bahasa, ia haruslah menghadapi proses kelangsungan, yang membezakan proses kelangsungan tersebut adalah masa pendek dan masa panjang sebagai contoh jika kita terpisah dengan maduu(sasaran dakwah) tidak semestinya terputus komunikasi dan tidak semestinya kita menghubunginya setiap hari tetapi cukuplah sekadar bertanyakan khabar diwaktu-waktu tertentu. Selain daripada itu, kita sebagai manusia biasa tidak terlepas daripada melakukan kesilapan terutama di dalam komunikasi alam maya dan elektronik. Oleh hal demikian, perkara tersebut haruslah diatasi dengan komunikasi juga agar tidak timbul salah faham dan memudahkan lagi seseorang itu faham mesej yang ingin disampaikan.  

(5) Mewujudkan tindakan susulan.

Komunikasi seorang daie(pendakwah) akan bukti terkesan apabila maduu(sasaran dakwah) itu sendiri melakukan tindakan susulan. Apakah yang dikatakan tindakan susulan itu?, mengikut kamus dewan ia adalah satu tindakan atau gerakan yang dilakukan setelah menerima arahan atau maklumat. Kewujudan tindakan susulan di dalam para maduu amatlah memberi impak positif kepada kepada daie itu, bilamana ia memudahkan lagi para daie dalam aktiviti berdakwah. Dalam hal ini serba sedikit membuktikan bahawa maduu betul-betul faham dengan apa yang ingin kita bawakan. Tetapi jika tiada tindakan susulan daripada maduu bermakna percakapan dan perbualan daie(pendakwah) belum boleh dikira berkesan.

Demikianlah sedikit perkongsian daripada saya yang lemah dan serba kekurangan ini, semoga mendapat manfaat disamping memperbaiki cara komunikasi dengan lebih berkesan dan sebagai lonjakan perubahan bagi diri kita. ~Wallahua’lam~

No comments:

Post a Comment