Tuesday 12 February 2013

BONEKA ATAU ROBOT?





Apabila menceritakan tentang hadkan pemikiran mesti sesiapa yang tengah membaca penulisan saya akan berfikir “ ehh ! berfikir ada had ke?”.( ^_^) 

“awak tahu tak krisis anak muda sekarang ini berkaitan dengan politik”? Tanya saya pada kawan saya. 

“saya tahu la jugak sikit-sikit,tapi malas la nak ambil tahu”! jawab kawan saya 

“tak boleh la macam tu awak kena ambil tahu tau supaya mudah untuk awak buat penilaian yang mana benar dan yang mana tidak” kata saya 

“eh awak ni cakap macam awak nak bela sangat pembangkang”kata kawan saya 

Saya terdiam seketika dek memikirkan tindakan melulu daripada kawan saya 

“ itu bukan point, yang saya nak jelas supaya kita bijak membuat penilaian dengan mengikuti isu-isu semasa bukan dengan’ tangkap muat’ sahaja apa yang kita dengar tanpa diselidiki”kata saya 

“ish awk ni sedar ke tak kita ni kan student lagi, mana boleh ambil tahu fasal politik-politik nie, salah tau kalau tak cukup umur 21”kata kawan saya 

“memang la kita tak cukup umur lagi untuk mengundi tapi kita berhak membuat penilaian semasa, sebelum kita mengundi” kata saya 

Muka kawan saya berkerut seribu lalu membidas saya 

“ish !awk ni kalau buat penilaian awal-awal nanti waktu mengundi nanti kita akan silap pilih sebab kita buat penilaian awal sangat “ 

Saya terus terdiam apabila mendengar hujah yang hanya memanipulasikan jawapan dengan hujah yang tidak diterima dek akal. Saya hentikan dialog tersebut agar tidak berlanjutan seperti kata seorang ulamak terkenal “ Aku boleh berhujah dengan ramai manusia yang hebat dalam agamanya, tetapi aku akan kalah dengan seorang yang kurang bijak dalam agamanya”. Berkaitan dengan tajuk saya yakni adakah pemikiran itu ada hadnya, jawapannya tidak. Dialog diatas menunjukkan bahawa pemikiran anak muda kini sempit akibat bertunjangkan ideology-ideology barat bila mana tahap pemikiran dikawal oleh hukum-hukum dunia tanpa memikirkan sebaliknya. Rata-rata remaja kini jika persoalakan tentang politik pasti akan ada yang menentang keras bahawa itu bukan urusan mereka, walhal pemikiran mereka meleset sama sekali bilamana islam telah menggariskan ciri-ciri Syumuliyyah yang bermaksud Islam agama yang lengkap dan sempurna yang jelas kepada kita bahawa politik itu sendiri bukanlah suatu urusan yang patut kita remehkan kerana ia termasuk dalam ciri-ciri islam itu sendiri bilamana kita mengambil secara keseluruhannya bukannya separuh-separuh. 

Ok disini saya nak bawa satu kata-kata yang dipetik daripada buku Prof. Dr Mohammed Morsi karya Zainudin Hashim, 

“Air mata Hassan Al-Banna menitis deras melihat nasib masyarakat kecil anak bangsa hidup jauh dari keselesaan. Mereka dibelit kehidupan yang amat sengsara akibat perilaku rasuah, kronisme dan nepotisme para penguasa pada zamannya.” 

Mesti si pembaaca tertanya-tanya siapakah Hassan Al-Banna ini. Ok,sewaktu beliau berumur 23 tahun beliau pengasas Ikwanul Muslimin yakni satu gerakan Islam yang mengajak dan menuntut agar tertegaknya syariat Allah, Jamaah Ikhwanul Muslimin berdiri di kota Ismailiyyah, Mesir pada tahun 1928 iaitu 4 tahun selepas kejatuhan sistem khalifah Islam terakhir iaitu Khalifah Turki Uthmaniyyah. Beliau adalah seorang anak muda yang sangat luas pemikirannya bilamana sentiasa memikirkan anak bangsanya berhenti mengidolakan manusia barat, melindungi dunia pendidikan dan birokrasi daripada pengaruh barat. 

Seterusnya kenapa saya kaitkan dengan kata-kata Asshahid Hassan Al-Banna?. Beliau adalah seorang yang bila mana hidup penuh dengan keazaman yang kuat sejak beliau muda remaja untuk menegakkan islam setelah jatuhnya system khalifah. Keazaman yang tinggi sehinggakan beliau Berjaya membawa gerakan islam dalam usia yang sangat muda yakni sewaktu umur 23 tahun. Di sini jelas kata-kata beliau menunjukkan bahawa beliau kesal dengan pemikiran anak bangsa yang dihimpit dengan serangan pemikiran para penguasa rakus dengan kenikmatan dunia. 

Persoalannya kini adalah, adakah kita sebagai remaja rela membiarkan pemikiran dikuasai dengan sebegitu mudah? Pantaskah kita membiarkan pemikiran kita dihadkan sedikit demi sedikit sehinggakan kita terlupa akan had yang Allah gariskan? Apakah kita lupa akan tujuan hidup kita yang sebenar? Apakah tindakan kita selepas ini? Apakah kita lupa bahawa pemikiran remaja ini sangatlah mahal nilainya? Pantaskah kita tidak berlaku adil pada fungsi akal kita? . fikirkanlah segala persoalan-persoalan ini wahai remaja di luar sana , saya yakin jawapannya ada pada kamu.




No comments:

Post a Comment